Pendaftaran untuk mengikuti Misa Bahasa Malaysia di CDM

Siapa Yang Layak Untuk Mendaftar

  1. Mereka yang berumur antara 12 hingga 70 tahun.
  2. Disebabkan larangan yang dikenakan oleh MKN melalui SOP bertarikh 24 Jun, 2020, hanya RAKYAT MALAYSIA SAHAJA dibenarkan untuk menghadiri Misa awam.

Maklumat Pendaftaran

  1. Ruang tempat duduk adalah terhad bagi setiap Misa.
  2. Pendaftaran akan dibuka setiap hari Isnin bermula pada jam 08:00 pg.
  3. Pendaftaran akan ditutup secara automatik apabila bilangan maksimum sudah dicapai.

Jenis Tiket

  1. Individu: Tiket ini membenarkan satu (1) orang sahaja.
  2. Keluarga: Tiket ini membenarkan empat (4) hingga lapan (8) sekeluarga untuk duduk di bangku yang sama.

Butiran Selepas Pendaftaran

  1. Selepas selesai proses pendaftaran secara atas talian (online), anda akan menerima email pengesahan dari Eventbrite, yang akan dihantar ke email anda yang didaftarkan (Sila semak Spam/Junk Mail Folder anda).
  2. Sila muat turun/cetak (download/print) tiket yang diterima melalui email. Tiket ini akan digunakan semasa proses daftar masuk sebelum memasuki perkarangan gereja dan mengikuti Misa.

Proses & Butiran Daftar Masuk

Butiran

  1. Sila pastikan anda datang awal untuk memudahkan proses pengesahan.
  2. Kaunter Daftar Masuk akan dibuka pada jam 11:00 pg.
  3. Kaunter Daftar Masuk akan ditutup pada jam 12:00 tgh.
  4. Sila muat turun applikasi SELangkah ke telefon bimbit anda sebelum datang ke gereja.
  5. Sila bawa sekali MyKad bagi tujuan pengesahan umur dan identiti.

Proses

  1. Sila pastikan anda menjaga penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter semasa berbaris atau meminta bantuan dari mana-mana individu.
  2. Sila imbas (scan) SELangkah QR Code yang terdapat di Poster Permis dengan menggunakan telefon pintar anda, dan tunjukkan resit pengesahan kepada petugas di Kaunter Daftar Masuk.
  3. Tunjukkan tiket pengesahan kepada petugas di Kaunter Daftar Masuk untuk pengesahan daftar masuk.
  4. Sila ambil perhatian bahawa SATU TIKET adalah untuk membolehkan SATU ORANG sahaja untuk masuk.

Pembatalan Tiket & Pengurusan

  1. Jika anda tidak dapat hadir selepas pendaftaran, sila batalkan tiket anda dengan menghantar email kepada kami di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. secepat mungkin supaya kami boleh memperuntukkan tempat duduk kepada umat yang lain.
  2. Jika anda sudah berjaya mendaftar tetapi belum lagi menerima pengesahan tiket (PDF) dari Eventbrite, sila maklumkan kepada kami di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. dengan menggunakan butiran telefon anda.

* Pihak Paroki berhak untuk membatalkan permohonan anda mengikut budi bicara kami sendiri.
** SATU TIKET hanya membolehkan SATU ORANG untuk masuk.

Butiran Misa

Tarikh: Ahad, 9hb Ogos 2020
Masa: 12:00 tgh 

Ahad, 9hb Ogos 2020 - 12:00PM
Klik Untuk Daftar